Asal usul mencurah
air ke daun keladi
Terlebih dahulu
maksud mencurah air ke daun keladi adalah seperti pesanan atau nasihat atau pengajaran yang
tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar. Dan juga Nasihat
atau pelajaran yang tidak masuk dalam ingatan.
Antara sifat
yang umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berima, susunannya yang
kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun demikian, sifat
utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya
penuturnya. Kehebatan peribahasa Melayu juga terletak kepada kekayaan isinya:
beraneka ragam, malahan boleh dikatakan telah meliputi semua aspek hidup
seharian dan juga dunia ghaib (the invisible world), alam haiwan dan botani.
Asal usul
peribahasa adalah daripada pemerhatian orang-orang tua pada zaman dahulu.
Pemerhatian dibuat berdasarkan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Fenomena
yang berlaku disekeliling mereka pastinya alam sekitar. Tamsilannya, sifat
sesuatu tumbuhan, situasi yang berlaku dihadapan mata mereka dan juga pengalaman
seharian yang dilalui oleh nenek moyang orang Melayu dahulu.
Mengapa peribahasa
ini wujud ?
Peribahasa mencurah
air ke daun keladi ini wujud ibaratnya mencanting
pada lukisan batik berbentuk daun keladi bertujuan menutup bahagian motif supaya ia akan tetap putih. Bahan yang
digunakan untuk proses ini adalah campuran lilin dan damar. Lilin mempunyai
sifat tidak larut dalam air. Begitulah yang diibaratkan dengan peribahasa
melayu 'mencurah air ke daun keladi'. Walau sebanyak mana sekalipun air
dicurahkan ke atas permukaan daunnya, ia tetap akan berada dalam keadaan yang
segar dan tidak basah.
Ini adalah kerana
bahagian atas setiap daun keladi dilitupi oleh satu lapisan kalis air yang
dinamakan sebagai kutikel berlilin. Lapisan ini menghalang peresapan air keluar
dan masuk melaluinya. Kutikel merupakan lapisan bukan sel yang menyelaputi
beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun dan batang pokok. Lapisan ini
mampu menghalang kehilangan air melalui proses penyejatan. Lapisan ini tidak
berwarna, maka cahaya matahari masih dapat menembusinya. Lapisan ini tidak
membenarkan gas melaluinya, sebaliknya gas keluar dan masuk melalui bahagian
bawah daun. Selain itu struktur daun ini membantu untuk melindungi daun
tersebut daripada serangan serangga perosak.
Terdapat
pelbagai jenis pokok keladi namun pokok keladi yang dimaksudkan adalah dari
jenis Keladi Sebaring seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Disebabkan
saiz daun keladi ini agak lebar dan
besar, struktur urat daun akan menyokong
daun keladi supaya berada dalam susunan bentuk yang sesuai bagi memastikan ia
menerima jumlah cahaya matahari yang sederhana untuk menjalankan fotosintesis.
Urat juga berfungsi menghalang daun keladi dari menjadi layu.
Kerana sifat
lilin yang tidak larut dalam air dan keadaan kutikel berlilin pada permukaan
daun yang sebenarnya adalah punca daun
keladi tidak basah walau sebanyak mana air sekalipun dicurahkan padanya.
Begitulah juga maksud peribahasa ini iaitu seperti melakukan perbuatan yang
sia-sia sahaja seolah-olah seseorang yang tidak mahu berubah setelah sudah
berkali-kali memberikan nasihat kepadanya.
No comments:
Post a Comment