Saturday 7 October 2017

Aku dan Major Bahasa Melayu


Selamat Pagi.. 

Hari ini, aku nak cerita sikit, selama sebulan aku di USM setelah cuti yang panjang. hahaha..  

Allhamdulillah,, pihak Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) telah menetapkan aku untuk bermajorkan Bahasa Melayu, aku memilih untuk berminorkan Pentadbiran Awam. 

Aku nak amik major sejarah dan minor arkeologi sebenarnya, tapi tulah apakan daya. terima je la kan.. it's okay.. Aku pasti boleh buat. 

Bila PPIK dah tetapkan, aku terima la dengan hati yang redha. Walaupun tak nak sebenarnya amik BM ni.. huhh.. Sebenarnya boleh je mintak tukar. Tapi aku yang tak nak. 

Baru sebulan aku berada dalam kalangan pelajar-pelajar dan pensyarah Bahasa Melayu, aku mula menyangi mereka. Allhamdulillah. Coursemate, classmate semua sporting habis, daripada tak kenal rapat aku jadi kenal rapat dengan mereka. hahaha. ok, aku mula kenal sifat mereka satu persatu. In sha Allah aku akan bersama mereka sehingga final year nanti. In sha Allah juga tiada niat untuk bertukar major, sebabnya aku SAYANG mereka. 

Classmates 
dalam gambar ni, ada yang tak ada.. pergi mane tah.. haihh.. sabar je laa.. 


sekian, terima kasih. 

Tentang Diriku


Assalammualaikun dan selamat sejahtera.. 




Nama aku Adila Ayuni Binti Mohd Sanusi. Berumur 21 Tahun. Lahir pada tanggal 26 Julai 1996. Aku dilahirkan di Hospital Sabak Bernam dan di besarkan di Sabak Bernam, Selangor. 

Aku mula mendapat pendidikan di Tabika Kemas Umi, kemudian bersekolah  rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Mawar dan bersekolah menengah di SMK Munshi Abdullah bermula tingkatan 1 hingga 6 bawah. Setelah itu, berpindah ke Kolej Tingkatan 6 Tunku Abdul Rahman Putra bagi menamatkan tingkatan 6. Kini mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke USM iaitu Ijazah Muda dengan Kepujian Sastera (major bahasa Melayu dan minor Pentadbiran awam).

Aku menulis demi memenuhi keperluan subjek HMT 214 - KOMUNIKASI LISAN yang dikelola oleh seorang pensyarah yang sungguh baik dan sporting iaitu Dr. Radiah Yusof. Harapan aku dalam subjek HMT213 adalah supaya aku lebih berani dan lebih berkeyakinan untuk bercakap dihadapan orang ramai. 

semoga kalian sudi membaca tulisan-tulisan yang bakal aku tulis mulai hari ini dan hari-hari seterusnya. 

Sekian, terima kasih.