Saturday 23 December 2017

CERPEN : JODOH SEMALAM



JODOH SEMALAM
Aisyah sinclaIR

“Saya janji akan tunggu awak habis belajar. Biarpun seribu tahun lamanya.”
Fikiran pemilik segulung ijazah sarjana muda dari Universiti Marmara, Turki melayang sejenak memikirkan janji manis kekasihnya sebelum dia berangkat ke bumi al-Fateh empat tahun lepas. Kini dia bakal pulang ke tanah tumpah darahnya dan bertemu si jantung hatinya.
Kakinya melangkah masuk ke Johor Premium Outlet(JPO) dan ketika langkah pertama itu dapat dirasakan satu aura yang berbeza. Matanya liar mencari sebuah butik kesukaannya. Setelah menjumpai butik tersebut dan mendapatkan barang yang dicari, Azwa berjalan sekitar kawasan JPO sebelum pulang ke rumah.
“Sayang, I nak beli handbag yang I cakap haritu. U janji nak belikan I kan…” rengekan seorang wanita 20-an yang menjadikan Azwa terpana.
Lelaki disamping wanita itu tersenyum nakal dan menurut segala permintaan wanita itu. Tidak semena-mena barang di tangan Azwa terjatuh dan terasa pipi gebunya panas. Sebutir demi sebutir mutiara jernih jatuh melalui pipi Azwa seiring dengan langkah pasangan tadi. Kini dia sedar aura apakah yang menyelubunginya ketika langkah pertamanya sebentar tadi.
“Saya janji akan tunggu awak habis belajar. Biarpun seribu tahun lamany.” Sebaris ayat yang diucapkan empat tahun lepas terngiang-ngiang di telinga Azwa. Hatinya bagaikan ditusuk berkali-kali kemudian hancur berkecai seperti kaca dihempas ke lantai. Sekembalinya Azwa di bumi bertuah Malaysia ini dia terpaksa menerima hakikat yang tidak pernah dia jangkakan. Kini impiannya musnah.
“Awak janji nak tunggu saya, awak janji akan setia dekat saya, awak janji tak akan berpaling dari saya. Tapi mana semua janji tu!” jerit hati seorang wanita yang merasa dirinya dikhianati oleh seorang insan bergelar lelaki.
 “Assalamualaikum! Ibu ayah, Wawa balik ni.” Sebaik saja tiba di rumahnya, Azwa memanggil ahli keluarganya dengan penuh semangat.
“Ya Allah Azwa! Kenapa balik tak bagitahu ibu ayah? Boleh kami jemput di airport.
Terpegun aku seketika melihat semua ahli keluarga yang berkumpul di hadapanku. Jelas sekali aku masih mempunyai harta yang paling berharga. Kekecewaan yang melanda hatiku sebentar tadi kini dihiasi pelangi indah yang tidak ternilai. Lamunannya terhenti apabila si cilik Afiq anak kepada kak longnya yang sudah mula bertatih mendapatkannya.
“Tidak sia-sia ibu masak lebih harini. Patutlah hati ibu ni rasa lain macam je, rupanya puteri bongsu ibu nak balik.”
“Kau nak tahu tak dik, ibu ni beria tanya angah bila kau balik sebab dia cakap dah cukup empat tahun kau berhijrah ke Turki tu”sampuk Aimi yang merupakan kak ngah kepada Azwa.
“Adik saja je nak buat kejutan untuk semua. Tadi dekat atas flight adik dah berangan nak makan asam pedas dan lemak cili api ibu.”
“Dik, kau tak bawa mat hidung mancung balik sini ke? Mana tahu akak dapat adik ipar ala-ala arab. Hahaha…”sakat kak long Azwa dengan tawanya yang masih tersisa. Celoteh tiga beradik ini tiada kesudahannya dan setiap usikan itu dihiasi dengan gelak tawa mereka. Situasi ini telah melenyapkan kesedihan dalam hati Azwa seketika. Nilai sebuah keluarga itu tiada bandingannya.
“Eh, kau balik ni Zahri tahu tak? Tiga hari lepas dia datang rumah melawat ibu dan ayah. Ada juga dia bertanyakan bila kau nak balik. Ibu tak jawab sebab kau pun tak reti nak bagitahu.”pertanyaan yang menerpa Azwa serta merta telah mematikan semua tawanya dan hatinya kembali mendung.
“Wawa tak sempatlah nak bagitahu Zahri bu, terlupa. Nanti Wawa bagitahu dia okey, tapi ibu jangan bagitahu dia dulu, Wawa nak buat kejutan.”jawab Azwa sambil mengukir senyuman tawarnya.
***
“Lama saya tak jumpa awak, rindulah. Empat tahun awak dekat Turki tu, skype pun sekali sekala je. Sibuk sangat katanya duduk negara orang.”serpa Zahri dengan nada merajuknya.
“Konon kau nak merajuk, sekali aku hantuk kepala kau dekat dinding baru kau tahu. Geramnya!”bisik hati Azwa menahan geram terhadap tunangnya yang main kayu tiga dibelakangnya.
Namun dia masih boleh bersabar dan hanya menunggu masa untuk memecahkan tembelang si buaya.
“Rindu ke? Alah kesiannya dia.”pujuk Azwa sambil mencubit paha Zahri sekuat hati dengan sengaja.
Kalau diikutkan hati mahu saja dia belasah buaya darat ini segera. Habis hatinya dirobek kini ada hati untuk merajuk. Kau tunggu nasib kau Zahri!
“Saya dah habis belajar ni, ibu dan ayah tanya bila nak bincang pasal tarikh perkahwinan kita. Nampaknya mereka dah tak sabar nak bermenantukan awak.” perli Azwa.
Sebaik sahaja soalan itu diajukan, muka tunangnya berubah menjadi pucat lesi. Azwa tahu puncanya dan hanya membiarkan muka itu pucat tanpa ubat.
***

Sepoi-sepoi semilir angin laut menerjah sopan wajah Azwa. Petang ini dia membuat keputusan untuk bersiar-siar di Danga Bay tanpa Zahri disisinya. Ahmad Zahri Bin Dato Rahim, satu nama yang pernah terpahat dihatinya suatu ketika dahulu. Namun kini Azwa ingin mengosongkan hatinya tanpa penghuni. Sekali lagi matanya terpana melihat dua susuk tubuh yang melekat bagaikan belangkas. Merekalah insan yang telah merobek hatinya, dia jugalah yang telah menabur janji-janji manis namun janji hanya tinggal janji. Tanpa kesabaran dihati, Azwa terus menerpa pasangan tersebut.
Pang! Satu tamparan yang cukup keras lalu diikuti dengan sepakan tepat di muka lelaki bernama Zahri itu.
“Amacam sedap tak dapat hadiah? Dah sedap kau bermesra kan, rasakan Zahri!”tempek Azwa sambil tangannya laju ingin menghinggap ke pipi lelaki itu namun dihalang wanita di sebelahnya.
Hey! Who’re you? How dare you slapped my boyfriend!”pintas wanita berambut perang itu.
Dengan pantas tamparan itu hinggap di pipi halusnya. Air di tangan Azwa juga dituang di atas rambut wanita itu.
Please shut your mouth before I slap you again or you want me to punch your face?”marah Azwa.
Mukanya yang putih kini menjadi merah dan raut wajahnya seperti harimau yang menunggu mangsanya.
 “Boyfriend kau? Dia ni tunang aku tahu tak!”balasnya lagi kerana masih tidak berpuas hati.
Keadaan tersebut disaksikan oleh beberapa orang yang melalui kawasan tersebut dan sepasang mata sedang memerhatikan Azwa tanpa disedarinya.
“Ahmad Zahri Bin Dato Rahim, kita putus dan jangan cari saya lagi!” bentak Azwa tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikan tindakannya.
Zahri yang cuba mengejar Azwa dihalang oleh seorang lelaki berbadan tegap. Difikirannya kini hanya ingin mengejar tunangnya lalu memujuk gadis tersebut. Namun sudah terlambat.
***
Kejadian tempoh hari yang berlaku di Danga Bay sampai ke pengetahuan ayah Azwa iaitu Tengku Zalil melalui anak buahnya. Azwa sedikit gentar dengan ayahnya, namun dia sedar bukan salahnya peristiwa itu berlaku dan dia mempunyai bukti kecurangan Zahri si buaya darat.
“Tengku Azwa Hairina kenapa kamu menampar Zahri di khalayak ramai?” soal Tengku Zalil dengan nada marah kepada puteri bongsunya.
Kak ngah Azwa, Tengku Aimi hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dengan ayahnya itu. Begitu juga ibunya, Puan Diana yang hanya mampu melihat raut wajah puteri bongsunya yang bersahaja. Azwa sememangnya seorangnya keras hati.
“Zahri curang dibelakang adik dan sudah dua kali adik menyaksikan kecurangan itu berlaku di hadapan mata adik. Maaf ayah, tapi adik dah tak mampu bersabar dan pertunangan kami perlu diputuskan segera.” Tegas Azwa kepada ayahnya.
“Kalau itu permintaan kamu, baiklah ayah turuti. Tapi, jodoh kamu selepas ini ayah dan ibu yang akan tentukan.” Jelas Tengku Zalil tanpa mendengar persetujuan anaknya dan terus melangkah keluar rumah.
Suasana di ruang tamu itu sepi tanpa suara setelah Tengku Zalil membuat keputusan. Masing-masing hanya bertatapan sesama sendiri. Terlihat jelas raut wajah Azwa yang terkejut dan sedih. Biarpun dia bersetuju dengan tindakan ayahnya, namun dia takut jika pasangannya itu seperti Zahri. Tanpa berlengah Azwa terus melangkah menuju ke biliknya tanpa menghiraukan ibu dan kakaknya. Kini hatinya hancur dan bagaimanakah masa depannya jika pasangan yang bakal dijodohkan itu sama seperti Zahri. Siapakah jejaka itu? Adakah dia mampu membahagiakan aku? Soalan yang bermain di fikiran Azwa membuatkan pipinya basah.
***
“Kau jahat! Kau janji akan jaga aku sampai bila-bila, tapi kau mengkhianati kepercayaan aku! Aku benci kau, aku benci kau Zahri! Kau tipu aku…” jeritan Azwa hanya bersaksikan lautan luas dan ombak yang memukul.
Namun, tanpa Azwa sedar terdapat sepasang mata yang memerhatikannya dari jauh. Ingin menyapa dan menenangkan gadis itu namun hatinya takut tak diterima.
“Wawa, kau okey tak ni?” tiba-tiba Halim datang menyapa Azwa.
Dia tahu mengenai kehancuran hubungan Azwa dan rakannya tempoh hari. Apabila mendapat panggilan dari Azwa memintanya datang ke suatu tempat, Halim tahu sebabnya.
“Lim, aku benci dia, aku benci dia Lim. Dulu aku terima dia seadanya, aku terima semua baik buruknya dia. Tapi kenapa dia buat aku macam ni wei. Apa salah aku, aku tak kuat Lim, aku dah sayang kat dia. Tapi dia…” luah Azwa bersama linangan air matanya.
Hatinya terlalu sakit dan empangan di matanya tak dapat dibendung lagi.
Halim hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak mampu berbuat apa-apa walaupun dia telah menasihati rakannya itu agar tidak mensia-siakan Azwa. Namun sikap angguh Zahri dan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya menjadikan dia buta  akan kesetiaan dan kebaikan Azwa. Tambahan pula mereka berjauhan.
“Wa, kau lepaskan lah Zahri tu. Dia tak layak untuk kau Wa. Dia berubah sekejap je Wa, lepas beberapa tahun sikap playboy dia datang balik. Kau sabar ye, aku yakin kau akan jumpa yang lebih baik dan layak untuk diri kau.” Balas Halim tenang.
Namun tangisan gadis di hadapannya itu masih tidak reda. Mungkin terlalu sakit kerana dikhianati.
Halim membuat keputusan untuk berjumpa dengan Zahri, niatnya untuk menyedarkan rakannya itu. Harapannya agar dapat menyatukan Zahri dan Azwa kembali. Segera dia mendail number Zahri kerana dikhuatiri rakannya itu sibuk.
Kini hari yang mendebarkan tiba, tanpa sebarang perbincangan dan pertemuan Azwa bakal menjadi isteri kepada seorang insan yang tidak dikenalinya. Semua persiapan telah diuruskan oleh kedua-dua belah pihak. Hanya sebulan pertunangan dan Azwa mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan pasanganya itu. Biarlah nasibnya ditentukan oleh yang maha Esa.
“Dik, takut tak? Alah kau tak payah risau, bakal suami kau tu hensem, berkerjaya dan yang paling penting solatnya terjaga. In Shaa Allah dia boleh jaga kau. Ayah, ibu dan kakak  yakin.” Kata-kata Aimi dibiarkan tanpa jawapan. Kini Azwa hanya mampu berserah dan berdoa.
Hanya dengan sekali lafaz Khairil Luthfi sah bergelar suami kepada Tengku Azwa Khairina. Ketika akad nikah dilafazkan berderai mutiara jernih di muka Azwa kerana lelaki tersebut merupakan insan yang pernah dicintainya. Kini Azwa tahu mengapakah ayahnya menyatukannya dengan Khairil. Doktor yang dulu angkuh dan tidak hiraukannya kini telah bergelar suaminya dan insan ini jugalah yang bakal merubat hatinya yang luka.
“Terima kasih kerana sudi terima saya walaupun dulu saya tidah balas cinta awak. Saya nak capaikan cita-cita dahulu sebelum dapat memiliki awak. Saya berjanji kejadian yang berlaku di Danga Bay dahulu tidak akan berulang kepada kita dan saya tak akan biarkan air mata awak yang berharga ini menitis lagi. Kini hanya awak dan saya sahaja.” ucap Khairil kepada isteri tercintanya ketika menyarungkan cincin di jari manis Azwa.
“Macam mana dia boleh tahu kejadian tu. Mungkinkah bayangan yang aku nampak tu betul dia.” Persoalan demi persoalan bermain di minda Azwa.
Namun semuanya dibiarkan tanpa jawapan. Jelas diwajah pasangan ini bahawa mereka sangatlah bahagia. Jodoh semalam yang diberikan Allah kini menjadi sejarah dalam lembaran hidup Azwa. Kini Khairil Luthfi merupakan jodoh baru buatnya dan janji Allah itu pasti.
“Darjat bukan ukuran kebahagiaan buat puteri ayah, senyuman kebahagiaan kamu lebih berharga daripada itu. Ayah dan ibu sentiasa ada buat kamu, kamu puteri kami dunia akhirat Azwa.” Bisikan Tengku Zalil kepada puteri bongsunya bersama deraian air mata.
Keluarganya sedar pangkat dan harta tidak akan menjamin kebahagiaan hidup. Biarlah miskin dengan harta, asalkan jiwa tidak kosong dengan kasih sayang.
Kini Azwa mampu tersenyum bersama seorang lelaki yang pernah dicintainya. Mungkin dahulu dia tidak dipandang oleh Khairil Luthfi dan hatinya pernah dihancurkan oleh insan lain. Namun Allah swt telah menjanjikan kebahagiaan buat hamba-Nya yang sentiasa sabar.
Mendung di siang hari tidak akan menjamin hujan bakal turun, tetapi didatangkan guruh yang menyambung dan panahan kilat. Panahan tersebut telah melukakan hatinya, namun siapa sangka kelukaannya telah diubati dengan kehadiran pelangi petang yang sangat indah. Pelangi inilah yang akan membahagiakan setiap detik hidup Azwa. Berbekalkan kesabaran di dada, kini dia memiliki kebahagiaan yang diimpikannya.
*TAMAT*


Catatan: AKU DAN VIDEO

Catatan: AKU DAN VIDEO
ADILA SANUSI


14 Sept 2017 (Khamis)
12.00am

Namaku Ayuni. Salah seorang pelajar Dr. Radiah. Aku amik kursus HMT213 & HMT215 sebab minat. Pada mulanya HMT215 tak dapat nak ambil sebab jadual bertindan dengan kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tapi bila masuk kelas Dr. Radiah, beliau tanya nak tak amik kursus tu. So, aku pun angkatlah tanggan. Dan bukan aku je, kawan-kawan yang lain pun sama.
Actually, ada je yang ambil kelas HMT215 tu sebab terpaksa. Sebab kami kena cukupkan unit untuk elektif. Hahaha… Rasa lawak kan? Aku tertarik dengan kelas HMT215 ni sebab tajuk kursus tu. Guess what? Tajuk kursus tu about computer. Cik D tahukan Ayuni suka benda-benda brkaitan teknologi ni.. hehe… tajuk kursus tu pasal “Literasi komputer dalam Bahasa Melayu”. Wow, macam seronok je..
Ehh, kenapa pulak aku dok cerita pasal HMT215 ni. Hurmm.. ok la, ok la.. sorry Cik D, iolls melalut pulak. Ok la, nak cerita ni, tadikan masa kelas Dr. Radiah untuk HMT213 Dr. ada bagi tugasan. Hurmm.. banyak giler kot.. Nak tau tak apa yang dia bagi?
~Ayuni
*****
Suasana dikelas ketika Dr. Radiah memberikan tugasan.
 “Ok, saya nak kau semua hasilkan sebuah video berkenaan ‘seorang pelajar baru mendaftar di universiti’ bolehkan?” kata Dr. Radiah.
“Video tu nak buat macam mana Dr.?” kata salah seorang pelajar beliau.
“Terserah kamu semua nak buat macam mana. Ikut kreativiti.” Jawab Dr. Radiah
“Dr. video tu nak berapa minit?”
“Ermm, tak nak panjang sangat, tak nak pendek sangat dalam 10minit cukup rasanya.”
Pertanyaan demi pertanyaan yang dikeluaran oleh para pelajar Dr. Radiah. Video ini merupakan tugasan besar yang pertama diberikannya. Hari kedua kuliah bersama Dr. Radiah mereka telah menerima banyak tugasan termasuklah video ini. Mereka buntu. Apakah yang mereka perlu lakukan?
Tugasan itu dibiarkan sepi. Sepi tidak disentuh oleh mereka sekelas. Hal ini demikian kerana tidak siapa yang mahu mulakan dahulu. Namun, tarikh menghantar tugsan sudah semakin hampir. Mereka buntu.
*****
Beberapa hari setelah mendapat tugasan.
“Weh, video yang Dr. suruh buat tu macam mana?” Ayuni tanya rakan-rakan yang lain.
Senyap.
“Hurmm… Oklah, aku ada camera, aku boleh edit video. Au boleh buat tapi korang kenalah berlakon.” Cadangan Ayuni.
“Betul tu, boleh la ni.” Ashikin bersuara pula.
“Kin, kau ada idea kita nak kena buat macam mana?”
“Ermm, apa kata kita buat macam mana kita mula-mula daftar dulu. Kau ingat lagi tak?”
“Hahaha… ingat kot sikit-sikit. Kita nak buat bila ni?”
“Hujung mingu ni la. Minggu depan nak kena masuk YouTube dah. Nak kena edit lagi.”
“Hurm.. okay.”
Disini bermulalah permulaan aku dan Ashikin mula rapat. Aku mula selesa bekerjasama dengan Ikin. Sangat membantu dari segi idea dan banyak lagi.
*****
Aku dan Ikin mula membuat perancangan untuk menghasilkan video tersebuat. Antaranya merangka beberapa babak tanpa membuat skrip terlebih dahulu.
 “weh, Kin. Nak minta tolong kawan aku tak? Suruh dia ambilkan video untuk kita. Sebab aku rasa susah la kalau guna satu camera je”
“Aku, okay je.”
Maka Ayuni pun mengajak seorang kawan dia untuk join video yang bakal mereka hasilkan. Setelah perancangan antara Ashikin dan Ayuni dibuat. Mereka memberi arahan kepada rakan-rakan yang lain untuk membuat itu dan ini.
Tanpa menggunakan sebarang skrip, mereka lakukan video tersebut. Hebatkan mereka berdua? Namun bukan semudah itu. Banyak masalah yang mereka lalui sepanjang melakukan pengambaran video ini.
*****
Malam sebelum hari kejadian. Jadual telah dikeluarkan.
~ Ikin sorry esok ada hal.
~ Ayuni, kita mula lambat sikit boleh tak?
~ Sorry ada kalas la. Tak boleh nak join.
Pelbagai WhatsApp yang mereka terima daripada rakan sekelas. Oh, sangat menduga emosi mereka. Apa yang mereka perlu lakukan? Perbincangan demi perbincangan, toleransi dan bertolak ansur yang dilakukan akhirnya mereka Berjaya menyelesaikan masalah rakan-rakan untuk pengambaran video tersebut.

20 Sept 2017(Rabu)
7.00 pm
Hai, Cik D,,
Penat la Cik D.. hurmm.. sedih pun ada. Stress lagi laa.. tengok jerawat dah naik muka. Hurmm. Susah rupenya nak uruskan budak-budak kelas ni.. wuarghhh!!! P E N A T!! ada je yang tak kena.. itu la ini laa.. kita ni buat video buka saja-saja. Buat sebab nak markah. Dyorang jugak yang dapat nanti. Kerjasama la sikit. Hurm.. Cik D doakan aku tau boleh hadap mereka semua dengan sabar. Tinggal sikit je lagi.. lepas tu boleh edit and boleh share dakat Youtube. Hehe
~Ayuni

Babak demi babak yang dibuat, semua hanya dalam kepala mereka. Semua yang mereka telah rancangkan. Mereka lakukan sehingga habis babak yang sepatutnya. Perkara yang sama sering berulang terutamanya mengenai ketidakboleh hadiran sebilangan rakan untuk membuat pengambaran.
Walaupun mengalami banyak rintangan dan kesukaran. Aku dan Ikin dapat mengharunginya dengan baik. Akhirnya penggambaran video kami siap dan sudah sedia untuk disunting. Proses penyuntingan tidak mengambil masa yang begitu lama. Hal ini demikian kerana aku dibantu oleh rakanku untuk menyuntingnya.

24 Sept 2017 (Ahad)
10.00 pm
Cik D!!!!
Allhamdulillah video dah siap sepenuhnya. Bahagia rasa.. aku bagi tajuk video ini “Karenah seorang pelajar” nak tau tak sebab apa? Sebab video ini berkenaan seorang pelajar yang baru mendaftar di universiti. Apa yang mereka lakukan ketika begelar pelajar tahun pertama semester pertama. Haha. Sebab itulah yang kami lalui. Kena marah dengan penyarah, kena tinggal bas, jumpa kekasih dan sebaginya. Oklah Cik D, aku nak upload video ni masuk YouTube. Jangan lupe tengok tau.. hehe..
Bye Cik D.
~Ayuni

            Maka video “Karenah Seorang Pelajar” telah diterbitkan. Dimana penerbit atau pengarah video ini adalah Ashikin dan editornya aku sendiri, iaitu Ayuni. Tidak pernah menyangka, sebuah video yang tiada sebarang perancangan yang teliti dan rapai akan terhasil dengan jayanya seperti itu.
*****

Ini merupakan pengalaman aku yang pertama membuat video seperti ini. Banyak kesukaran yang kami hadapi. Antaranya seperti tiada skrip, tidak merancang lebih awal, masalah waktu dan sebagainya. Namun, allhamdulillah video tersebut siap sebelum tarikh penghantarannya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang lain kerana menyokong dan membantu kami dalam menjayakan video pertama kita sepanjang begelar pelajar major Bahasa Melayu. Maka terhasilah sebuah video “Karenah Seorang Pelajar”. 

Friday 15 December 2017

PERIBAHASA – BAGAI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI

Asal usul mencurah air ke daun keladi

Terlebih dahulu maksud mencurah air ke daun keladi adalah seperti  pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar. Dan juga Nasihat atau pelajaran yang tidak masuk dalam ingatan.
Antara sifat yang umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berima, susunannya yang kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun demikian, sifat utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya. Kehebatan peribahasa Melayu juga terletak kepada kekayaan isinya: beraneka ragam, malahan boleh dikatakan telah meliputi semua aspek hidup seharian dan juga dunia ghaib (the invisible world), alam haiwan dan botani.
Asal usul peribahasa adalah daripada pemerhatian orang-orang tua pada zaman dahulu. Pemerhatian dibuat berdasarkan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Fenomena yang berlaku disekeliling mereka pastinya alam sekitar. Tamsilannya, sifat sesuatu tumbuhan, situasi yang berlaku dihadapan mata mereka dan juga pengalaman seharian yang dilalui oleh nenek moyang orang Melayu dahulu.

Mengapa peribahasa ini wujud ?

Peribahasa mencurah air ke daun keladi ini wujud ibaratnya  mencanting pada lukisan batik berbentuk daun keladi  bertujuan menutup bahagian motif  supaya ia akan tetap putih. Bahan yang digunakan untuk proses ini adalah campuran lilin dan damar. Lilin mempunyai sifat tidak larut dalam air. Begitulah yang diibaratkan dengan peribahasa melayu 'mencurah air ke daun keladi'. Walau sebanyak mana sekalipun air dicurahkan ke atas permukaan daunnya, ia tetap akan berada dalam keadaan yang segar dan tidak basah.


Ini adalah kerana bahagian atas setiap daun keladi dilitupi oleh satu lapisan kalis air yang dinamakan sebagai kutikel berlilin. Lapisan ini menghalang peresapan air keluar dan masuk melaluinya. Kutikel merupakan lapisan bukan sel yang menyelaputi beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun dan batang pokok. Lapisan ini mampu menghalang kehilangan air melalui proses penyejatan. Lapisan ini tidak berwarna, maka cahaya matahari masih dapat menembusinya. Lapisan ini tidak membenarkan gas melaluinya, sebaliknya gas keluar dan masuk melalui bahagian bawah daun. Selain itu struktur daun ini membantu untuk melindungi daun tersebut daripada serangan serangga perosak.
Terdapat pelbagai jenis pokok keladi namun pokok keladi yang dimaksudkan adalah dari jenis Keladi Sebaring seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Disebabkan saiz daun keladi  ini agak lebar dan besar, struktur urat daun  akan menyokong daun keladi supaya berada dalam susunan bentuk yang sesuai bagi memastikan ia menerima jumlah cahaya matahari yang sederhana untuk menjalankan fotosintesis. Urat juga berfungsi  menghalang  daun keladi dari menjadi layu.    
Kerana sifat lilin yang tidak larut dalam air dan keadaan kutikel berlilin pada permukaan daun  yang sebenarnya adalah punca daun keladi tidak basah walau sebanyak mana air sekalipun dicurahkan padanya. Begitulah juga maksud peribahasa ini iaitu seperti melakukan perbuatan yang sia-sia sahaja seolah-olah seseorang yang tidak mahu berubah setelah sudah berkali-kali memberikan nasihat kepadanya.


Wednesday 6 December 2017

Sajak Kau CintaKu

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Rasa nak update blog pagi ni.. hurm.. 
mungkin terlakar la sebuah sajak.. 
yang bertajuk "Kau CintaKu".
sajak ni apa yang diri ini sedang rasa.
menyukai, mencintai seseorang yang tidak memandang diriku.
mungkin? jika ada jodoh antara kami, pasti bertemu.


Kau cintaku

Senyumanmu,
Telah menggetarkan jiwaku,
Membuatkan aku sentiasa terpaku,
Membuatkan aku terkulai layu,
Membuatkan aku terdiam seribu.

Renungan matamu,
Begitu tajam menusuk kalbu,
Begitu Indah bagiku,
yang membuat aku terpaut padamu,

Sayangnya,
Aku tak tahu apa arti senyuman Dan Renungan itu,
Adakah untuk Dia atau diriku?
Adakah ini hanya perasaanku sahaja?
Atau benar belaka?

Sungguh aku ingin menatap wajahmu,
Namun aku tidak bisa,
Membiarkan hati ini terus tersakiti,
Kerna aku tidak bisa memilikimu.

- Adila Sanusi (7.35pm / Dec 05)