Thursday 23 November 2017

Cerpen : Hilangnya Bahagia

Tajuk : Hilangnya Bahagia 
Karya : Adila Sanusi 


Namaku, Suzilawati Binti Samsul. Rakan-rakanku mengmanggil aku dengan nama Suzi. Aku merupakan anak tunggal daripada pasangan Samsul dan Maznah. Aku dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang. Kini, aku berusia 13 tahun. Hidup kami sekeluarga bahagia. Aku mempunyai seorang ayah yang penyayang dan seorang ibu yang sangat memahami. Aku beruntung kerana mempunyai kedua ibu bapa yang baik seperti mereka. Keluargaku sangat bahagia tidak pernah ditimpa masalah dan musibah. Ramai penduduk kampung memuji kebahagiaan yang keluarga kami kecapi. Kami sekeluarga tidak pernah menghadapi sebarang masalah.
Aku sering melabelkan ayahku sebagai seorang yang bertanggungjawab serta kisah akan diriku. Aku seringkali dimanjakan oleh ayah dan ibuku. Apa sahaja yang aku pinta mereka akan dipenuhi tanpa sebarang rungutan. Walaupun, perkara yang aku minta hanya bertujuan untuk menunjuk dihadapan rakan-rakanku bahawa aku punya keluarga yang bahagia.
Kini, ayahku sudah berusia 40 tahun. Ayah bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang terkenal yang terletak di Pulau Pinang. Ayahku mempunyai perwatakan yang lembut dan menarik. Ayah bekerja keras untuk memenuhi semua permintaanku dan ibu walau terpaksa bekerja siang dan malam. Hanya untuk aku dan ibuku! Raut wajah ayah tidak sedikitpun menunjukkan erti kepenatan.
Aku sentiasa menyanjungi sikap ayah. Kerana ayah sanggup berkorban demi aku dan ibu. Ayah tidak pernah mengeluh sedikit pun dihadapan kami. Ayah lelaki pertama dalam hidupku. Aku sayang ayah.
....................
Ibu! Ibu seorang suri rumah yang senantiasa menunggu kepulanganku dan ayah tidak kira siang mahupun malam. Kadang kala ibu sanggup bersengkang mata untuk menunggu kepulangan ayah. Ibu seorang yang sangat periang. Tidak pernah menunjukkan memek muka kepenatan atau kesedihan. Dia sentiasa tersenyum mengaburkan mata aku dan ayah. Keriangan yang terpamer diwajah ibu terus mematikan fikiranku akan kepenatan seorang ibu. Raut wajah ibu juga tidak pernah menunjukkan yang ibu sedang dalam kesakitan. Kadang kala aku seringkali melihat ibu terbatuk-batuk yang berpanjangan seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada aku dan ayah.
Hari itu, aku terlihat tanpa sengaja, ibu batuk sambil meletakkan tangan dimulutnya. Aku terlihat tompokan darah ditapak tangan ibu. Lalu aku terus menerpa ke arah ibu dan ibu terkejut! Kemudian, ibu cepat-cepat mengesat tompokan darah dari pandangan mataku. Hatiku terdetik untuk bertanya.
“Ibu, kenapa ibu batuk ada darah?” aku bertanya pada ibu penuh sangsi.
“Eh, mana ada, batuk biasa saja.” Ibu menjawab pertanyaanku dengan seribu tanda tanya.
Jawapan ibu tidak sedikitpun meragukan aku. Pada fikiranku batuk itu mungkin menunjukan ibu kepenatan. Mungkin juga ibu hanya batuk biasa. Namun, beberapa hari kemudian, aku terlihat sebekas ubat-ubatan yang disorok oleh ibu.
“Ini pasti kepunyaan ibu.” Kata hati kecilku.
Aku bawa ubat-ubatan itu dengan penuh tanda tanya untuk merungkai segala pertanyaan yang tersimpul dibenak fikiranku.
“Ubat apa ni ibu? Kenapa banyak sangat.” aku bertanya dengan penuh emosi.
Muka ibu terkejut dan masih berdalih.
Desakan demi desakan yang aku berikan. Akhirnya ibu mengaku. Ubat-ubatan itu dari hospital yang dibekalkan oleh Doktor. Namun, ibu tidak pula menyatakan yang ibu sakit. Ibu hanya berkata beliau mempunyai migrain kerana kepenatan.
Satu hari, ketika ibu di dapur, ibu terjatuh lalu tidak sedarkan diri. Kemudian, ibu dikejarkan ke hospital. Ibu telah ditahan di ICU. Aku sungguh sedih. Aku rasa hidup aku kelam. Sunyi tanpa wajah ceria ibu. Doktor yang merawat ibu mengesahkan ibu menghidap kanser paru-paru tahap empat. Tidak lama selepas itu, ibu pergi menghadap ilahi.
………………..
Sikap ayah turut berubah sejak kematian ibu. Kini, aku seperti tidak mengenali ayah. Ayah menjadi seorang yang pemarah. Semua yang aku lakukan tidak kena dimata ayah. Sejak itu, aku terpaksa menggantikan kerja-kerja rumah yang ibu lakukan dulu. Aku ibarat seorang isteri di rumah.  Memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan menghidangkan makan untuk  ayah. Aku  bersekolah sesi pagi. Kemudian, setelah pulang aku akan terus kembali ke rumah dan melakukan kerja-kerja di rumah yang pernah ibu lakukan dulu. Begitulah yang aku lakukan sehingga berusia 17 tahun.
Sikap ayah semakin hari semakin berubah. Ayah tidak seperti ayah yang dulu. Aku sungguh sedih. Aku rindu ayah yang dulu. Kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan yang dulu hilang dibawa bersama ibu. Ibu! Aku rindu rindumu. Mengenangkan sikap ayah, aku menjadi takut. Saban hari, amukan ayah semakin menjadi-jadi. Setelah kematian ibu, emosi ayah menjadi tidak menentu. Pekerjaan ayah juga entah kemana. Andai ibu masih ada, pasti perkara sebegini tidak akan berlaku. Ibu kenapa kau pergi dulu?
………………..
Pada suatu malam, gelagat ayah sungguh pelik. Tetapi ayah tidak pernah menampakan ada niat tidak baik pada diriku. Sewaktu itu, aku berada di tingkatan lima. Ketika itu aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih kurang jam 9 malam, hujan lebat, dan rebut serta guruh sabung menyabung. Aku berasa sungguh takut ketika itu. Aku juga berasa takut untuk  tidur di bilik seorang diri.
Lantaran itu, aku meminta untuk tidur bersama ayah. Malam itu, buat pertama kalinya aku tidur bersama ayah di bilik ayah. Kali terakhir aku tidur bersama ayah ketika ibu masih ada. Ketika itu, aku masih kecil. Malam itu buat pertama kalinnya aku merasakan tidur dalam pelukan ayah setelah sekian lama tidak pernah tidur bersama ayah. Aku lena tidak sedar, mungkin kernana kehangatan pelukan ayah.
Tiba-tiba, aku seolah-oleh bermimpi. Ada seorang lelaki melakukan sesuatu pada diriku. Lebih kurang dekat hendak azan subuh, aku rasakan tubuhku ditindih oleh satu lembaga. Aku tersedar dan ayah berada diatas badanku. Aku terpaku dan terkedu serta terus keraskan tubuhku . Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutku walaupun pada saat itu aku sangat takut .  Ayah telah menodai diriku. Ayah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dia lakukan pada diriku. Dalam ketakutan , aku seperti disuntik tenaga baru yang membuatkan aku meronta-ronta dari dakapan seorang lelaki yang dulunya digelar heroku. Ya ! Aku meronta-ronta dengan harapan ayah sedar akan khilafnya . Namun itu hanya sia-sia. Rontaan aku makin menguatkan lagi tenaga ayah . Ayah seperti tidak mengenal aku . seorang anak yang masih perlukan kasih sayang darinya. Aku terus terusan merayu pada ayah untuk kesekian kalinya , agar ayah  tidak melakukan perbuatan terkutuk ini. Sekali lagi harapan ku hancur. Ayah tidak mengendahkan rayuanku yang sudah tersedu sedan . Ayah semakin agresif. Ayah lupa aku anaknya. Ayah lupa aku darah dagingnya. Ayah terus lakukan pekara itu tanpa ada rasa belas kasihan .
"Ayah, jangan ayah, jangan, ayah tak nak ayah." Kata aku dalam tangisan yang semakin menjadi-jadi. Ayah kian menunjukkan taringnya. Perwatakan ayah yang lembut dan penyayang terus lenyap di mata ku .
Namun, aku tidak berdaya. tenaga perempuanku seakan tidak boleh melawan tenaga ayah yang berpaksikan hawa nafsu semata-mata. Aku masih cuba untuk meronta agar dapat mencari peluang untuk lepaskan diri dari cengkaman manusia yang bertopengkan binatang. Tapi  lama kelamaan aku jadi lemah. Tenaga ku kian hilang. Aku kian longlai tidak bermaya dan terus hanyut dalam pelukan ayah. Aku lemas  kenikmatan bila ayah begitu ghairah melayan nafsunya seperti aku benar-benar isterinya. Akhirnya subuh itu, tenggelam kelemasan bersama kehilangan mahkota yang diragut oleh ayahku sendiri.  Ayah telah melakukan sumbang mahram terhadap diriku.
Jiwaku meronta-ronta memarahi diri sendiri atas kelemahan diriku untuk melawan hawa nafsu ayah. Dalam benak fikiranku , aku berharap ini semua mimpi. Tidak mungkin ayah yang baik akan berlaku kejam atas anaknya. Setelah beberapa kali aku memejamkan mata , aku seakan baru tersedar , tersedar dari mimpi yang ngeri . Mimpi yang aku sendiri tidak sanggup untuk hadapi .
“Sememangnya apa yang berlaku semalam bukanlah mimpi tapi ia benar-benar berlaku” bisik hati kecilku.
Air mataku menitis tak henti-henti penuh rasa kekesalan, namun pujukan ayah membuatkan aku lemah. Sejak malam itu, aku mula dapat merasakan apa erti nikmat seks. Keinginanku mula meronta-ronta. Akhirnya peristiwa sama berulang kali berlaku. Sehinggalah aku berusia 19 tahun. Aku ibarat anak yang menggantikan ibu. Aku ibarat istei ayah selepas kejadian itu. Semua kehendak ayah aku perlu turuti. Jika tidak, ayah pasti akan mengamuk tidak tentu hala.
………………..
Kini sikapku bukan seperti aku yang dulu. Aku kini terlalu sosial . Hubungan terlarang , merokok dan masalah sosial yang lain sudah menjadi makanan ku hari-hari. Aku seakan tidak tahu ilmu agama. Tidak tahu hukum hakam. Aku hidup dalam gelombang maksiat dan dendam yang tidak akan terbalas. Dendam terhadap ayahku yang merosakkan hidupku. Seorang lelaki yang mengheret aku ke lembah kehancuran. Dendam aku masih tetap utuh walaupun ayahku kini sudah berubah setelah bertahun lamanya dia dipenjarakan atas kesalahan merogol budak bawah umur . Ayahku sudah menyesali perbuatannya tapi dendam ku sedikitpun tidak berubah.
Aku masih meneruskan kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan dosa. Hidupku masih sengsara. Masih bergelumang dengan maksiat. Aku terus mencorak masa depan yang penuh dengan dosa ini tanpa ada rasa bersalah. Duniaku makin hanyut kehancuran dek kerana nafsu serakah seorang lelaki.
Ayah seringkali meminta maaf kepadaku atas kesalahannya. Tapi aku butakan hatiku, pekakkan telingaku demi untuk tidak memaafkannya.
“Nak, ayah minta maaf, ayah tahu ini semua salah diri ayah” ayat yang seringkali diungkapkan oleh ayahku.
Seperti biasa sambutan aku padanya hambar , ya hambar !
“Kau tak layak dimaafkan, hidup aku musnah semua sebab kau” tempelak aku dengan kerasnya.
Ayah tidak putus asa untuk cuba meminta maaf dariku.
“Maafkanlah ayah, aku mengaku ini semua terjadi disebabkan nafsu ayah” kata ayah padaku
Hatiku terus keras seperti batu. Aku tidak mahu maafkan ayah. Mungkin ini jalan penyelesaiaannya. Ayah seakan tahu hidup aku semakin hanyut dalam dosa. Ayah bertindak untuk melaporkan diriku kepada pusat pemulihan akhlak. Aku dipaksa untuk tinggal di pusat pemulihan akhlak oleh ayahku . Seorang lelaki yang telah hancurkan hidupku.
Pada awalnya aku memberontak kerana aku tidak betah tinggal di rumah yang penuh dengan segala peraturan. Aku tidak suka untuk diarahkan dan merasakan tidak bebas.  Aku cuba untuk melarikan diri tetapi aku ditangkap oleh seorang ustazah yang begitu baik dan sopan. Aku diberi perhatian sepenuhnya. Dijaga. Diajar dan dididik oleh guru-guru disitu.
Akhirnya diri aku mulai berubah dengan sendirinya. Aku sudah mula laksanakan suruhan ilahi. Aku juga sudah mula berubah kearah kebaikan. Nasibku baik aku tidak pernah sekali terlibat dengan dadah. Pada saat aku ingin berubah, aku sering menangisi dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Fikiran ku terus teringat akan ibuku yang setelah sekian lama aku lupa. Aku sudah memungkiri amanat ibuku.
            “Ibu! Maafkan Suzi. Ibu, pasti kecewa dengan Suzi.” Aku bermonolog.


………. TAMAT ……….

Saturday 18 November 2017

Di sebalik tabir (DIA SAHABAT, DIA CINTA)

"Kenyataan selalu memberi pilihan pahit antara memilih Sahabat atau Cinta. Yang pastinya ujian cinta tidak akan pernah berakhir"

Kami pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermajorkan Bahasa Melayu, ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari untuk menonton drama pendek kami bagi memenuhi keperluan kursus HMT213.

Pengarah: Syabirah Ramli
Penerbit: Nurul Ashikin
Penerbit Eksekutif: Farizzul Helmy
Editor: Adila Ayuni
Videografer: Firdaus Yusof
Penulis Skrip: Ros Shuhada

Dibintangi oleh:
Farizzul Helmy
Syabirah Ramli
Nurul Ashikin

Dan barisan-barisan pelakon daripada Major Bahasa Melayu Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Di sebalik tabir :

Jangan lupe untuk view, like dank komen. Setiap view, like dan komen anda amat bermakna buat kami.


Sekian, Terima Kasih. 

Tuesday 14 November 2017

DIAM DAN KECOH

SELAMAT MALAM ... 😊

Sebuah puisi yang terlintas yang bertemakan ayat di bawah 


"diamnye diriku adalah diam yang brmakna, kecohnye diriku adalah kecoh tanpa makna" 


Diam,
satu perkataan yang banyak makna.
Makna tersurat mahupun tersirat.

Diam,
Diam tanda aku suka,
suka pada seseorang.

Diam,
Diam tanda aku marah,
marah pada diri sendiri yang tidak mampu mengawal emosi.

Diam,
Diam tanda aku hormat,
hormat pada yang lebih tua.

Kecoh,
Kecoh aku pada orang yang terdekat,
terdekat seperti keluarga dan sahabat

Kecoh,
Kecoh aku pada insan yang teristimewa,
itu tandanya aku cinta

Kecoh,
Kecoh aku pada kerja,
Kerja berkumpulan yang memerlukan tenaga yang banyak

Antara diam dan kecoh
aku suka berdiam
kerana diam adalah jalan yang terbaik
terbaik untuk mengelakkan permusuhan.

nukilan,
adila 
11.57pm 
14/11/2017