Catatan: AKU DAN VIDEO
ADILA SANUSI
14 Sept 2017 (Khamis)
12.00am
Namaku
Ayuni. Salah seorang pelajar Dr. Radiah. Aku amik kursus HMT213 & HMT215
sebab minat. Pada mulanya HMT215 tak dapat nak ambil sebab jadual bertindan
dengan kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tapi bila masuk kelas Dr. Radiah,
beliau tanya nak tak amik kursus tu. So, aku pun angkatlah tanggan. Dan bukan
aku je, kawan-kawan yang lain pun sama.
Actually, ada je yang
ambil kelas HMT215 tu sebab terpaksa. Sebab kami kena cukupkan unit untuk
elektif. Hahaha… Rasa lawak kan? Aku tertarik dengan kelas HMT215 ni sebab
tajuk kursus tu. Guess what? Tajuk
kursus tu about computer. Cik D
tahukan Ayuni suka benda-benda brkaitan teknologi ni.. hehe… tajuk kursus tu
pasal “Literasi komputer dalam Bahasa Melayu”. Wow, macam seronok je..
Ehh,
kenapa pulak aku dok cerita pasal HMT215 ni. Hurmm.. ok la, ok la.. sorry Cik D, iolls melalut pulak. Ok la, nak cerita ni, tadikan masa kelas Dr.
Radiah untuk HMT213 Dr. ada bagi tugasan. Hurmm.. banyak giler kot.. Nak tau
tak apa yang dia bagi?
~Ayuni
*****
Suasana dikelas ketika Dr. Radiah
memberikan tugasan.
“Ok, saya nak kau semua hasilkan sebuah video
berkenaan ‘seorang pelajar baru mendaftar di universiti’ bolehkan?” kata Dr.
Radiah.
“Video
tu nak buat macam mana Dr.?” kata salah seorang pelajar beliau.
“Terserah
kamu semua nak buat macam mana. Ikut kreativiti.” Jawab Dr. Radiah
“Dr.
video tu nak berapa minit?”
“Ermm,
tak nak panjang sangat, tak nak pendek sangat dalam 10minit cukup rasanya.”
Pertanyaan
demi pertanyaan yang dikeluaran oleh para pelajar Dr. Radiah. Video ini
merupakan tugasan besar yang pertama diberikannya. Hari kedua kuliah bersama
Dr. Radiah mereka telah menerima banyak tugasan termasuklah video ini. Mereka
buntu. Apakah yang mereka perlu lakukan?
Tugasan
itu dibiarkan sepi. Sepi tidak disentuh oleh mereka sekelas. Hal ini demikian
kerana tidak siapa yang mahu mulakan dahulu. Namun, tarikh menghantar tugsan
sudah semakin hampir. Mereka buntu.
*****
Beberapa hari setelah mendapat
tugasan.
“Weh,
video yang Dr. suruh buat tu macam mana?” Ayuni tanya rakan-rakan yang lain.
Senyap.
“Hurmm…
Oklah, aku ada camera, aku boleh edit video. Au boleh buat tapi korang kenalah
berlakon.” Cadangan Ayuni.
“Betul
tu, boleh la ni.” Ashikin bersuara pula.
“Kin,
kau ada idea kita nak kena buat macam mana?”
“Ermm,
apa kata kita buat macam mana kita mula-mula daftar dulu. Kau ingat lagi tak?”
“Hahaha…
ingat kot sikit-sikit. Kita nak buat bila ni?”
“Hujung
mingu ni la. Minggu depan nak kena masuk YouTube dah. Nak kena edit lagi.”
“Hurm..
okay.”
Disini
bermulalah permulaan aku dan Ashikin mula rapat. Aku mula selesa bekerjasama
dengan Ikin. Sangat membantu dari segi idea dan banyak lagi.
*****
Aku
dan Ikin mula membuat perancangan untuk menghasilkan video tersebuat. Antaranya
merangka beberapa babak tanpa membuat skrip terlebih dahulu.
“weh, Kin. Nak minta tolong kawan aku tak?
Suruh dia ambilkan video untuk kita. Sebab aku rasa susah la kalau guna satu
camera je”
“Aku,
okay je.”
Maka
Ayuni pun mengajak seorang kawan dia untuk join video yang bakal mereka
hasilkan. Setelah perancangan antara Ashikin dan Ayuni dibuat. Mereka memberi
arahan kepada rakan-rakan yang lain untuk membuat itu dan ini.
Tanpa
menggunakan sebarang skrip, mereka lakukan video tersebut. Hebatkan mereka
berdua? Namun bukan semudah itu. Banyak masalah yang mereka lalui sepanjang
melakukan pengambaran video ini.
*****
Malam sebelum hari kejadian. Jadual
telah dikeluarkan.
~
Ikin sorry esok ada hal.
~
Ayuni, kita mula lambat sikit boleh tak?
~
Sorry ada kalas la. Tak boleh nak
join.
Pelbagai
WhatsApp yang mereka terima daripada
rakan sekelas. Oh, sangat menduga emosi mereka. Apa yang mereka perlu lakukan? Perbincangan
demi perbincangan, toleransi dan bertolak ansur yang dilakukan akhirnya mereka
Berjaya menyelesaikan masalah rakan-rakan untuk pengambaran video tersebut.
20 Sept 2017(Rabu)
7.00 pm
Hai, Cik D,,
Penat la Cik D..
hurmm.. sedih pun ada. Stress lagi laa.. tengok jerawat dah naik muka. Hurmm.
Susah rupenya nak uruskan budak-budak kelas ni.. wuarghhh!!! P E N A T!! ada je
yang tak kena.. itu la ini laa.. kita ni buat video buka saja-saja. Buat sebab
nak markah. Dyorang jugak yang dapat nanti. Kerjasama la sikit. Hurm.. Cik D
doakan aku tau boleh hadap mereka semua dengan sabar. Tinggal sikit je lagi..
lepas tu boleh edit and boleh share dakat Youtube. Hehe
~Ayuni
Babak
demi babak yang dibuat, semua hanya dalam kepala mereka. Semua yang mereka
telah rancangkan. Mereka lakukan sehingga habis babak yang sepatutnya. Perkara
yang sama sering berulang terutamanya mengenai ketidakboleh hadiran sebilangan
rakan untuk membuat pengambaran.
Walaupun
mengalami banyak rintangan dan kesukaran. Aku dan Ikin dapat mengharunginya
dengan baik. Akhirnya penggambaran video kami siap dan sudah sedia untuk
disunting. Proses penyuntingan tidak mengambil masa yang begitu lama. Hal ini
demikian kerana aku dibantu oleh rakanku untuk menyuntingnya.
24 Sept 2017 (Ahad)
10.00 pm
Cik D!!!!
Allhamdulillah
video dah siap sepenuhnya. Bahagia rasa.. aku bagi tajuk video ini “Karenah
seorang pelajar” nak tau tak sebab apa? Sebab video ini berkenaan seorang
pelajar yang baru mendaftar di universiti. Apa yang mereka lakukan ketika
begelar pelajar tahun pertama semester pertama. Haha. Sebab itulah yang kami
lalui. Kena marah dengan penyarah, kena tinggal bas, jumpa kekasih dan
sebaginya. Oklah Cik D, aku nak upload video
ni masuk YouTube. Jangan lupe tengok tau.. hehe..
Bye Cik D.
~Ayuni
Maka video “Karenah Seorang Pelajar”
telah diterbitkan. Dimana penerbit atau pengarah video ini adalah Ashikin dan
editornya aku sendiri, iaitu Ayuni. Tidak pernah menyangka, sebuah video yang
tiada sebarang perancangan yang teliti dan rapai akan terhasil dengan jayanya
seperti itu.
*****
Ini
merupakan pengalaman aku yang pertama membuat video seperti ini. Banyak
kesukaran yang kami hadapi. Antaranya seperti tiada skrip, tidak merancang
lebih awal, masalah waktu dan sebagainya. Namun, allhamdulillah video tersebut
siap sebelum tarikh penghantarannya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan yang lain kerana menyokong dan membantu kami dalam menjayakan video
pertama kita sepanjang begelar pelajar major Bahasa Melayu. Maka terhasilah sebuah
video “Karenah Seorang Pelajar”.
No comments:
Post a Comment