Assalammualaikum dan Selamat Petang.
Sesi pengajaran dan Pembelajaran sudah bermula bagi sidang akademik 2019/2020. Ini bermakna sudah masuk tahun akhir berada di Universiti Sains Malaysia. Diam tak diam sampai juga ke penghujungnya. Bagaikan tidak percaya. Tahun akhir di semester yang terakhir. Subjek yang diambil juga sudah tinggal tiga. Hanya perlu cukupkan unit untuk bergraduasi tahun hadapan.
HMT 411 ?
Dari awal sudah Dr. Radaih katakan. Subjek ini 3 jam setiap minggu. 2 jam kuliah 1 jam tutorial. Sudah digabungkan sekali. Jadinya hanya akan berjumpa Dr. Radiah, Dr. Ivy dan Dr. Sofiah pada setiap hari Rabu pada jam 12 tengah hari sehingga 3 petang sahaja.
Minggu ini kami hanya perlu mencari maksud apa itu "Oral History" dan beberapa soalan lain sahaja. Perlu buat dalam kumpulan.
HMT 413 ?
Subjek ini dikendalikan oleh Dr. Aniswal dan Prof. Noriah. Ini merupakan subjek Analisis Wacana. Seperti biasa minggu pertama pensyarah yang mengajar akan terangkan mengenai kursus, selesaikan jadual tutorial dan sebagainya. Kuliah juga sudah bermula. Begitu juga dengan tutorial. Pada awal semester ini, Dr. Aniswal yang akan mengajar. Kemudian akan bertukar selepas cuti pertengahan semester. Dr. Aniswal telah bercerita mengenai konsep wacana itu sendiri dan jenis-jenisnya.
Dan HMT 415 ?
Subjek Psikolungistik. Dr. Rozaidah dan Dr. Ivy yang mengajar. Subjek ini agak menyeronokkan. Ia berkenaan perkembangan, permasalahan pemerolehan bahasa dan sebagainya. Tapi agak tak seronok bila terdapat pensyarah lain datang mengganggu. Cuma tidak berminat bila tengah belajar ada yang mengganggu. Ia menjadi bercelaru sedikit. Ditambah pula dengan kerja-kerja yang diberikan. Sudahlah dari pensyarah yang mengajar juga banyak kerja yang diberikan, datang pula kerja-kerja yang bukan dari pensyarah yang mengajar.
Muka minggu pertama datang ke kuliah Subjek HMT 415.
Ini hanya refleksi yang saya peroleh pada minggu pertama semester berlangsung.
No comments:
Post a Comment