Sunday, 29 September 2019

6 GAYA SEKELAS

Selamat Malam

Tugasan diberi berkenaan bergambar di dataran C24 bersama banner ucapan tahniah telah bergraduasi. 


Gambar-gambar ini bakal menjadi kenayang suatu hari nanti.  


Tutup mata - tutup mata ! motif? saja. haha. 
Terjadi gambar ini sebab masing-masing tak tahu nak buat gaya apa. 
sudah macam pre-wedding dah kami ni.


Uisyhhh.. ni nasyid ke? 


Bebas weh,, bebas.. yang depan sekali tu memag over.. 


posing please.. hahaha 


Tenung masa depan ke semuanya? atau tenung jodoh yang belum kunjung tiba? 

Semoga ukhuwah yang terjalin selama 3 tahun setengah ini hingga ke akhir hayat. Semoga kita semua dapat bergraduasi sama-sama tahun hadapan dengan jayanya. Aamiin.. 

REFLEKSI MINGGU 3 (23-27 SEPTEMBER 2019)

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Tiada sangat yang perlu diperkatakan atau diceritakan pada minggu ini. 
Minggu Graduasi? 
Ye, minggu senior berkonvo. Seronok lihat mereka bersama keluarga. In sha Allah giliranku tahun depan. 

Kelas berjalan seperti biasa untuk HMT 411 kami membentangkan proposal untuk jurnal. Rasa dah buat sehabis baik tapi kena tolak jugak. Takpala belajar dari kesalahan kan? Perbaiki lagi untuk dapat mutu yang terbaik. 

Kelas HMT 413 pun berjalan seperti biasa. Tutorial pun ada. Yela minggu lepas pun kelas dah dibatalkan akibat jerebu. Minggu ni kena masuk kelas la. Dr. Aniswal ajar pasal bahasa lisan. Dr. Aniswal pasang video lagu dalam kelas untuk kenal pasti lirik lagu berkenaan atau berkaitan apa, dalam lirik tersebut ada wacana atau tak dan sebagainya. Akhirnya kita dapat mengetahui jenis-jenis wacana, jenis genre atau subgenre jika berkaitan dan jenis-jenis bahasa iaitu tulisan atau lisan.  

Ok untuk kelas HMT 415 telah dibatalkan. Jadinya, minggu ni langsung tiada aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Begitu juga tutorial. 



Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Graduan USM yang berkonvo pada tahun 2019. 

Tuesday, 24 September 2019

REFLEKSI MINGGU 2 (16 - 20 SEPT 2019)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

Minggu kedua juga sudah berlalu. Pembelajaran apa yang diperoleh minggu ini? 

HMT411 ?
Bagi subjek HMT411, kami diarahkan untuk membuat satu sesi temubual bersama tokoh. Sesiapa sahaja yang dirasakan boleh menjadi tokoh. Kumpulan saya memilih untuk menemu bual salah seorang staf yang berkhidmat di Muzium Tengku Fauziah, USM. Pelbagai input yang kami peroleh. Salah satu objektif temu bual ini adalah berkaitan "oral history" yang kami pelajari pada minggu lepas. 


Bergambar bersama staf Muzium Tengku Fauziah yang telah ditemubual 


HMT413 ? 
Tutorial minggu ini dibatalkan. Begitu juga kuliah pada hari Khamis akibat jerebu. Kuliah pada hari Rabu sahaja yang berlangsung. Dr. Aniswal telah menerangkan kepada kami mengenai genre,  jenis-jenisnya, ciri-ciri genre dan banyak lagi. 

HMT415 ? 
Dr. Rozaidah tidak hadri kerana bercuti sakit. Kelas juga telah digantikan dengan Dr. Radiah. Beliau telah menyambung pengajaran yang diajar oleh Dr. Rozaidah pada minggu lepas berkenaan dengan apa itu anomali dan penaabiran, infleksi dan derivasi, serta banyak lagi. 

Monday, 23 September 2019

REFLEKSI MINGGU 1 (9 - 13 SEPT 2019)

Assalammualaikum dan Selamat Petang. 

Sesi pengajaran dan Pembelajaran sudah bermula bagi sidang akademik 2019/2020. Ini bermakna sudah masuk tahun akhir berada di Universiti Sains Malaysia. Diam tak diam sampai juga ke penghujungnya. Bagaikan tidak percaya. Tahun akhir di semester yang terakhir. Subjek yang diambil juga sudah tinggal tiga. Hanya perlu cukupkan unit untuk bergraduasi tahun hadapan. 

HMT 411 ? 
Dari awal sudah Dr. Radaih katakan. Subjek ini 3 jam setiap minggu. 2 jam kuliah 1 jam tutorial. Sudah digabungkan sekali. Jadinya hanya akan berjumpa Dr. Radiah, Dr. Ivy dan Dr. Sofiah pada setiap hari Rabu pada jam 12 tengah hari sehingga 3 petang sahaja. 
Minggu ini kami hanya perlu mencari maksud apa itu "Oral History" dan beberapa soalan lain sahaja. Perlu buat dalam kumpulan. 

HMT 413 ? 
Subjek ini dikendalikan oleh Dr. Aniswal dan Prof. Noriah. Ini merupakan subjek Analisis Wacana. Seperti biasa minggu pertama pensyarah yang mengajar akan terangkan mengenai kursus, selesaikan jadual tutorial dan sebagainya. Kuliah juga sudah bermula. Begitu juga dengan tutorial. Pada awal semester ini, Dr. Aniswal yang akan mengajar. Kemudian akan bertukar selepas cuti pertengahan semester.  Dr. Aniswal telah bercerita mengenai konsep wacana itu sendiri dan jenis-jenisnya. 

Dan HMT 415 ? 
Subjek Psikolungistik. Dr. Rozaidah dan Dr. Ivy yang mengajar. Subjek ini agak menyeronokkan. Ia berkenaan perkembangan, permasalahan pemerolehan bahasa dan sebagainya. Tapi agak tak seronok bila terdapat pensyarah lain datang mengganggu. Cuma tidak berminat bila tengah belajar ada yang mengganggu. Ia menjadi bercelaru sedikit. Ditambah pula dengan kerja-kerja yang diberikan. Sudahlah dari pensyarah yang mengajar juga banyak kerja yang diberikan, datang pula kerja-kerja yang bukan dari pensyarah yang mengajar. 


Muka minggu pertama datang ke kuliah Subjek HMT 415. 


Ini hanya refleksi yang saya peroleh pada minggu pertama semester berlangsung.  

PENGENALAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Laman ini dicipta bertujuan untuk memberi maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan subjek-subjek berikut : 

HMT 411 - Teori dan kaedah penyelidikan dalam linguistik 
HMT 413 - Analisis Wacana 
HMT 415 - Psikolinguistik 

Saya merupakan salah seorang pelajar tahun akhir yang bermajorkan Pengajian Bahasa Melayu dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. 

Saya berharap semoga segala perkongsian yang saya berikan di dalam laman ini memberi manfaat kepada anda semua satu hari nanti. 

x