SELAMAT MALAM ... 😊
Sebuah puisi yang terlintas yang bertemakan ayat di bawah
"diamnye diriku adalah diam yang brmakna, kecohnye diriku adalah kecoh tanpa makna"
Diam,
satu perkataan yang banyak makna.
Makna tersurat mahupun tersirat.
Diam,
Diam tanda aku suka,
suka pada seseorang.
Diam,
Diam tanda aku marah,
marah pada diri sendiri yang tidak mampu mengawal emosi.
Diam,
Diam tanda aku hormat,
hormat pada yang lebih tua.
Kecoh,
Kecoh aku pada orang yang terdekat,
terdekat seperti keluarga dan sahabat
Kecoh,
Kecoh aku pada insan yang teristimewa,
itu tandanya aku cinta
Kecoh,
Kecoh aku pada kerja,
Kerja berkumpulan yang memerlukan tenaga yang banyak
Antara diam dan kecoh
aku suka berdiam
kerana diam adalah jalan yang terbaik
terbaik untuk mengelakkan permusuhan.
nukilan,
adila
11.57pm
14/11/2017
No comments:
Post a Comment