Nama aku Adila Ayuni Binti Mohd Sanusi. Berumur 21 Tahun. Lahir pada tanggal 26 Julai 1996. Aku dilahirkan di Hospital Sabak Bernam dan di besarkan di Sabak Bernam, Selangor.
Aku mula mendapat pendidikan di Tabika Kemas Umi, kemudian
bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan
Seri Mawar dan bersekolah menengah di SMK Munshi Abdullah bermula tingkatan 1
hingga 6 bawah. Setelah itu, berpindah ke Kolej Tingkatan 6 Tunku Abdul Rahman
Putra bagi menamatkan tingkatan 6. Kini mendapat tawaran melanjutkan pengajian
ke USM iaitu Ijazah Muda dengan Kepujian Sastera (major bahasa Melayu dan minor
Pentadbiran awam).
Aku menulis demi memenuhi keperluan subjek HMT 214 - KOMUNIKASI LISAN yang dikelola oleh seorang pensyarah yang sungguh baik dan sporting iaitu Dr. Radiah Yusof. Harapan aku dalam subjek HMT213 adalah supaya aku lebih
berani dan lebih berkeyakinan untuk bercakap
dihadapan orang ramai.
semoga kalian sudi membaca tulisan-tulisan yang bakal aku tulis mulai hari ini dan hari-hari seterusnya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment